Tuesday, 29 March 2011

[INFO] Botol Susu Polikarbonat

Assalamualaikum,

Hari ni Sue nak kongsikan maklumat berkenaan dengan botol susu polikarbonat yang heboh diperkatakan baru-baru ini.

sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Download risalah tentang botol susu bebas BPA klik disini


Botol susu susu yang mengandungi BFA adalah lutsinar dan kerasIstilah BPA adalah Bisphenol A, bahan kimia  yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar. Manakala Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi. label  7 menunjukkan botol susu mengandungi BPA

.

Nombor 7                   
Nombor 7 dan PC (Polycarbonate)


Nombor 7 dan OTHER


Kalau nak tau kod2 plastik yang lain, boleh download di sini.

Berikut adalah kesan buruk BPA:
  • Mengganggu gugat perkembangan otak dan perubahan tingkah laku kepada janin dan bayi yang baru lahir
  • Memberi kesan buruk kepada kelenjar prostat janin, bayi dan juga kanak-kanak
  • Memberi kesan buruk kepada kelenjar susu janin, bayi dan kanak-kanak perempuan
  • Masalah kegemukan atau obesiti
  • Kecacatan pada bayi baru lahir
  • Menambahkan risiko kematian bayi
  • Pengurangan berat badan bayi dan kecacatan kepada keturunan seterusnya
  • Menambahkan risiko mendapat kanser dan sakit jantung
  • Beri kesan kepada kelenjar tiroid serta sistem reproduktif




No comments:

Post a Comment